SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF
(Dahulu dikenali sebagai Sijil Servis Kenderaan Ringan)
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________
MAKLUMAT AM
MATLAMAT PROGRAM (MP)
Program ini percaya setiap individu mempunyai potensi dan matlamat program adalah untuk membangunkan pekerja teknikal dan kompeten yang boleh menyesuaikan diri dan bertanggungjawab bagi menyokong aspirasi negara untuk meningkatkan tenaga kerja dalam bidang teknologi berkaitan.
Apakah menariknya program ini?
-
Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
-
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
-
Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada kursus yang ditawarkan
-
Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
-
Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
-
Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran
Kursus Ditawarkan
- Sijil Teknologi Automotif
Syarat Kemasukan:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah
- 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
Tempoh Pengajian:
- 20 bulan
Bantuan Kewangan
Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti
A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)